|
"Pasang Blog Dot Com Anda
Sendiri Dengan Mengikuti Panduan Langkah Demi Langkah Yang Mudah Difahami. Anda
Sebenarnya Mampu
Melakukannya Sendiri Tanpa Perlu Mengikuti Kursus Di Pasaran."
Daripada: Mursyidi Mohammad
Salam
Sejahtera,
Terima kasih
kerana meluangkan masa ke laman web ini.
Saudara/i,
Mahukah anda menjana
pendapatan dengan menggunakan blog? Atau mendapatkan
pelawat untuk laman web perniagaan Internet anda dengan mudah melalui
blog? Sudah ramai yang berjaya 'membuat duit' sama ada secara sampingan
atau sepenuh masa dengan hanya menggunakan blog.
Ada juga
mereka yang menjadikan blog sebagai 'pintu masuk' untuk pelawat ke
laman web jualan produk mereka. Mudah ceritanya mereka menggunakan blog
sebagai alat pemasaran mereka.
TETAPI, sebelum
anda mula menjana pendapatan, ada satu perkara yang pertama dan wajib
dikuasai iaitu asas blog dari segi teknikal. Selepas memiliki asas ini,
maka barulah jalan untuk melakukan apa jua kaedah buat duit dan promosi
akan menjadi mudah.
Anda mungkin
salah seorang daripada mereka yang tidak tahu membina blog
sendiri dan bagaimana mendapatkan pelawat ke blog anda. Anda sering
meminta bantuan orang lain, bertanya, mencari, namun masa anda terus
habis begitu sahaja dan tidak dapat membina blog anda sendiri.
Mahukah anda
terus membazir masa padahal ada jalan yang lebih mudah? Semakin anda
membazir masa, semakin anda ketinggalan walhal orang lain terus
meninggalkan anda.
Kini menjadi
satu 'trend' orang sekarang memiliki blog dot com sendiri bagi tujuan
menjana pendapatan sampingan atau sepenuh masa di Internet. Malah
dengan memiliki blog, anda boleh menggunakannya untuk pelbagai
tujuan.
Dapatkan
Panduan Membina Blog
Edisi PERCUMA di sini.

Sesiapa Sahaja Perlu
Memiliki Blog!
Tidak kisah siapa diri anda,
walaupun seorang tukang masak, penulis buku, peguam, ustaz, guru,
pemandu teksi, ahli perniagaan, CEO, usahawan Internet, pelajar,
pesara, doktor, petani atau sesiapa sahaja, blog merupakan satu medium
penyampaian maklumat dan pemasaran yang amat berkesan.
Ia dapat
menambah kenalan, berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan yang pasti,
ia adalah satu teknologi di Internet yang begitu ampuh sekali untuk
digunakan bagi pelbagai tujuan dan matlamat. Maka, anda perlu
memiliki sebuah blog sendiri.
Dengan hanya
menulis, segenap lapisan masyarakat seluruh dunia akan membaca dan tahu
apa yang anda tulis tersebut atau mengenali diri anda! Jika anda
seorang usahawan, sudah pasti produk atau servis anda akan
diketahui akan kewujudannya oleh ramai orang!
Ramai yang
telah berjaya membina nama dan menghasilkan pendapatan dengan hanya
menggunakan blog. Jika anda perhatikan, begitu ramai usahawan memiliki
blog mereka sendiri bagi berkongsi apakah yang mereka lakukan dan
menyatakan apakah produk keluaran mereka yang terkini. Jika anda
seorang usahawan, tidak memiliki blog adalah satu kerugian
terbesar bagi anda dan perniagaan anda!
*Keratan akhbar di bawah
merupakan bukti bahawa blog semakin diminati dan mampu menjana
pendapatan lumayan.



TIP HEBAT
1:
Bayangkan
anda menyertai satu program atau majlis. Anda berkenalan dengan ramai
orang di majlis tersebut dan memberikan mereka kad bisnes anda. Pada
kad itu tercatat alamat URL blog anda.
Tidak
perlu anda promosikan perniagaan anda semasa sesi perkenalan. Biar
mereka masuk ke blog anda dan membaca apakah produk dan servis anda.
Jangan lupa di blog letak 'contact form' dan maklumat-maklumat produk
anda!
Ini
baru satu contoh kegunaan blog. Menarik bukan?
Blog adalah
satu alat yang amat berkuasa dalam menjana pendapatan atau
mendapatkan trafik (pelawat, bakal pembeli) ke laman web perniagaan. Anda
juga boleh melakukannya jika anda tahu caranya.
Case Study Blog
Mursyidi.com

Blog ini adalah percubaan pertama saya untuk
mempelajari selok-belok
perniagaan internet. Salah satu cara yang mudah dan berkesan untuk
membina kredibiliti dan
menjana pendapatan adalah melalui blog. Melalui blog Mursyidi.com
inilah saya
memperoleh pendapatan pertama daripada jualan produk
digital dan komisen affiliate.
Tak Percaya? Ini
buktinya..


Tahukah anda dengan menulis artikel
yang bermanfaat kepada pelawat blog dan menunjukkan kepakaran kita dalam bidang tersebut, pelanggan
akan mendapatkan produk anda tanpa banyak soal. Buktinya, sebilangan
besar
pembeli saya bermula dengan membaca artikel di blog saya.
Dengan Memiliki Blog, Anda Boleh:
|
Membina
kredibiliti dengan menunjukkan kepakaran anda
Mendapatkan
trafik 'percuma' ke laman web perniagaan anda
Berkomunikasi
dengan bakal dan pelanggan sedia ada anda
Mempromosikan
perniagaan konvensional anda dengan lebih berkesan
Menambah
rangkaian perniagaan (business partner) melalui Internet
dan banyak
lagi!
|
TIP HEBAT
2:
Internet
digunakan untuk mencari maklumat. Jadi, blog adalah salah satu cara
berkesan untuk mendapatkan prospek perniagaan anda. Dengan menulis
pelbagai maklumat percuma di blog, sudah pasti ia akan tersenarai di
enjin carian seperti google.com atau anda promosikan terus kepada
prospek.
Bawa
mereka ke blog anda dan selepas mereka membaca maklumat-maklumat
percuma yang anda berikan, mereka pasti akan berminat untuk mendapatkan
produk dan khidmat perniagaan anda!
Atau
sekurang-kurangnya mereka telah tahu akan kewujudan perniagaan anda. Nah,
ini satu lagi kehebatan blog!
Tapi Ada Sesuatu Di dalam Fikiran Anda...
Saya faham,
begitu ramai orang (mungkin termasuk anda?) yang baru ingin bermula di
arena 'blogging', terutama di dalam proses memiliki (membina) blog dot
com sendiri mengalami beberapa masalah seperti berikut:
|
Tidak tahu
bagaimana memasang blog dot com sendiri
Bermasalah
dengan hal teknikal blog kerana tiada panduan mudah dan lengkap!
Bermula
dengan langkah yang salah
Memilih
topik blog yang tidak menguntungkan
Takut
untuk bermula kerana tiada ilmu atau keliru
Tidak
dapat menguruskan blog dengan baik
Blog tidak
terkenal, pengunjung tidak ramai, hasil tak setimpal
Tiada
seseorang yang memberikan panduan
Perlu
mengupah orang lain dengan kos yang tinggi
Dan banyak
lagi...
|
Persoalan utama adalah: Apakah langkah pertama
yang perlu dilakukan?
Perhatikan,
begitu banyak masalah yang dihadapi oleh ramai orang dan mungkin diri anda
sendiri. Ketahuilah, masalah yang akan anda hadapi bukan
sahaja di peringkat pembinaan blog, malah di peringkat semasa
menguruskan blog tersebut dan di dalam usaha mendapatkan pelawat ke
blog.
Tentu anda
ingin berjaya di dalam 'blogging' (aktiviti ber-blog) bukan? Jika ya,
maka anda perlu mendapatkan PANDUAN yang dapat membantu anda
untuk membina blog secara mudah dan bagaimana bermula
dengan betul.
Untuk itu,
saya telah bertungkus-lumus untuk menghasilkan satu panduan bagi segala
masalah yang anda hadapi terutama di dalam membina blog dot com
anda sendiri.
Perkenalkan, Panduan Membina Blog Sendiri!

[Produk
ini adalah EBOOK, bukan buku cetakan. Segala imej hanya
ilustrasi sahaja.]
FAKTA Yang Perlu Anda Tahu:
Panduan ini
dipasarkan sejak tahun 2006 lagi dan mendapat respon yang positif!
|
"Saya
bermula dengan ZERO, namun kini saya berbangga dengan blog saya
sendiri."
Sebelum
ini memang saya berangan-angan untuk memiliki blog sendiri kerana dalam
perniagaan adalah tidak profesional sekiranya menggunakan blog percuma.
Anda
tidak akan rasa rugi kerana ebook ini akan membantu. Jadi, jangan
ragu-ragu lagi untuk memiliki ebook ini sekiranya anda mahu menjadi
USAHAWAN PROFESIONAL".
Mohd
Rozmie a.k.a JimieRay
www.jimieray.com/blog
|
Tiada masa
untuk membaca laman web ini?
Klik di sini sekarang untuk
mendapatkan Pakej Kit Blogger ini!
Ebook setebal lebih 100 muka surat ini,
kini hampir menjadi milik anda!
Di dalam
Ebook ini, anda akan mempelajari cara memasang dan menggunakan blog
Wordpress dengan langkah yang mudah :
 |
Memasang
blog Wordpress ke Hosting dengan hanya 13 langkah mudah!
|
|
|
 |
Mengkonfigurasi
blog Wordpress dengan hanya 11 langkah mudah!
Kini anda tidak perlu lagi menghabiskan
masa untuk mencari beberapa asas konfigurasi penting
untuk blog Wordpress. Kesemuanya telah ditunjukkan di dalam panduan ini.
|
|
|
 |
Belajar
memasang theme (design) blog kesukaan anda.
|
|
|
 |
Memasang
beberapa 'plugin' asas untuk 'melawan' komen SPAM, meletak 'contact
form' dan social bookmark icon.
|
|
|
 |
Meletak
imej banner imej di sidebar blog.
|
|
|
 |
Belajar
asas penggunaan blog seperti penulisan post, memasukkan imej, dan
setting category.
|
|
|
 |
Menggunakan
aplikasi Widget untuk meletak fungsi Search, Pages, Recents Posts dan
Recent Comments.
|
|
|
 |
Tip dan trik SEO
di dalam usaha mendapat 'ranking' (kedudukan) yang terbaik di
Senarai Hasil Carian di enjin carian seperti Google.com. Ketahui satu
kesilapan 'berbahaya' yang dilepas pandang oleh kebanyakan blogger
baru. Bahagian ini AMAT WAJIB anda tahu dan melakukannya!
|
|
|
 |
Penerangan
adalah praktikal : baca dan buat.
Mudah difahami walaupun anda bukan
seorang yang banyak tahu hal teknikal!
|
|
|
...dan
ia hampir menjadi milik anda!
Cuba
lihat screenshot ebook ini, penuh dengan langkah
yang praktikal dan gambarajah yang mudah difahami.

Klik di sini untuk mendapatkan Ebook ini
sekarang!
Testimoni Ikhlas Pembeli Ebook Ini..


Dengan Ebook Ini, Anda Dapat:
|
Membina blog
pertama dengan panduan yang mudah
Memulakan
langkah pertama yang BETUL
Membina blog
terus di domain dot com anda!
Mengkonfigurasi
dan menggunakan beberapa fungsi asas blog Wordpress
Mendapatkan
pelawat (pembaca blog) dengan beberapa teknik efektif, mudah dan
percuma. Pelan Tindakan disediakan.
|
Ya, kini anda yang 'zero'
mengenai teknikal blog akan dapat mengetahui segala perkara asas yang
penting. Inilah yang anda cari-cari selama ini bukan? Dapatkan sekarang di sini.
| "Ebook yang patut anda miliki!"
"Jika anda
berminat untuk menghasilkan blog laman web menggunakan wordpress, Ebook
ini saya cadangkan untuk anda. Anda tidak perlu bersusah payah, hanya
perlu ikut panduan langkah demi langkah yang diberi.
Hasilnya begitu sempurna. Saya jamin 100% anda
tidak menyesal membeli ebook ini."

Jebat Abd. Kadir
http://MesraInternet.com
|
| "Saya Amat Berpuas-Hati!"
"Dulu saya rasa
susahnya hendak membina blog dot com sendiri dan rasa macam kerdil
sangat dan tak mungkin saya mampu membuatnya sendiri. Malah bila
membaca blog-blog orang lain (blog domain sendiri) rasa-rasanya seperti
dah ketinggalan zaman.
Rupanya saya silap. Peluang masih
cerah. Secara kebetulan saya telah memulakan perniagaan Internet jadi
ketika itu saya cuba install sendiri blog saya, namun masih banyak yang
tidak lengkap. Dalam masa yang sama, muncul panduan ini. Tanpa membuang
masa saya terus memilikinya.
Alhamdulilah, satu kepuasan wujud
apabila telah memiliki blog dot.com sendiri. Anda bila lagi? Jangan
tunggu lama-lama, nanti domain anda dikebas orang".
Norazlina Ramdzan
http://forum.wanitaniaga.com
|
Itulah kata
mereka dan mungkin anda juga akan berkata begitu sebaik sahaja
mengikuti panduan di dalam Ebook asas wordpress melalui Pakej Kit
Blogger ini.
Pelbagai Bahan Rujukan Tambahan!
Anda juga akan
mendapat beberapa item tambahan penting dan bernilai tinggi yang
disertakan bersama dengan pakej ini agar dapat membantu anda
bermula dan melakukan sesuatu langkah dengan baik dan
bersistematik. Antaranya adalah:
 |
Pelan Tindakan Blog.
Dengan pelan tindakan ini, anda akan dapat memulakan langkah pertama
dengan betul yang kebanyakannya diabaikan oleh ramai blogger baru:
Tanpa
pelan ini, ebook panduan wordpress tidak akan lengkap kerana pelan
tindakan ini adalah kunci utama
pakej ini. Kebanyakan blogger baru bermula tanpa perancangan yang
tersusun, tetapi dengan pelan tindakan ini, anda akan diberikan langkah
demi langkah yang sepatutnya dilakukan jika ingin berjaya.
|
|
|
|
|
 |
Ebook "Panduan dan Asas
Blog". Di dalam ebook ini anda akan disampaikan mengenai
asas-asas blog, teknik efektif bagaimana menggunakannya dan cara
mempromosikan blog anda. Ebook ini perlu dimiliki dan dibaca agar
kekeliruan anda mengenai blog akan berkurangan.

|
|
|
|
|
 |
Ebook "Panduan Mudah FTP".
Panduan ini adalah satu keperluan bagi anda yang tiada asas mengenai
nama domain dan hosting.
Kemahiran
dan kefahaman mengenai itu semua adalah perlu agar proses pembinaan dan
pengurusan blog menjadi lebih mudah.

|
|
|
| Nota:
Semua imej di atas hanya ilustrasi sahaja. Produk adalah berbentuk
ebook PDF. |
|
Siapa saya yang
memperkenalkan panduan buat blog wordpress ini?
Izinkan saya memperkenalkan
diri saya terlebih dahulu.
"Hai, nama saya Mursyidi
Mohamad dan saya merupakan usahawan internet separuh masa. Saya bekerja
sebagai jurutera di sebuah syarikat "oil and gas" yang terkenal di
Malaysia dan kini menetap di Melaka.
Saya telah banyak menghadiri
kursus dan belajar sendiri melalui ebook berkaitan perniagaan internet.
Yang paling penting ialah saya telah merasai pengalaman memperoleh
keuntungan melalui perniagaan internet. Ini bukan kisah dongeng, tapi
kisah benar. Kalau tidak, sudah tentu saya tidak jual ebook ini
sekarang. "
Antara gambar saya bersama
beberapa usahawan internet Malaysia:




|
Apa kata mereka lagi
tentang ebook ini...?
| "Sebuah Panduan Yang Mudah
Diikuti..."
Percaya atau tidak, sebelum ini tidak pernah
terlintas di hati dan pemikiran saya untuk memiliki blog dot com
sendiri kerana waktu itu saya sentiasa memikirkan betapa susah dan
sukarnya untuk menginstall dan mengendalikan blog sendiri.
Namun segala-galanya berubah dengan adanya panduan ini! Kandungannya
yang lengkap dengan langkah demi langkah ditunjukkan secara
teratur dan terperinci menjadikan pemasangan blog lebih mudah dan
menyenangkan.
Kini saya mampu tersenyum puas kerana telah berjaya membangunkan sebuah
blog yang dimiliki sepenuhnya oleh saya sendiri.
Thanks you so much!
Nur
Misuari aka PrinceQ
|
| "Tak Tahu Teknikal, Tapi Boleh
Bina Blog..."
Selalu sangat membaca blog oranglain menjadikan
saya bersemangat untuk mempunyai blog sendiri. Tapi bagaimana dan
dimana nak mula, bab teknikal IT ni saya memang tak tahu langsung.
Tetapi apabila bertemu dengan ebook Panduan ini
(hanya dengan melihat perkataan Membina Blog), tanpa berlengah lagi
saya terus membuat pesanan walaupun tidak mengetahui apa itu Wordpress
dan yang lebih menarik adalah ia dalam bahasa yang mudah difahami
iaitu Bahasa Malaysia.
Terima kasih kepada kerana memberi saya
peluang untuk merasai sendiri pengalaman berblog ini.
Leeza Ismail
Kajang, Selangor
|
Berapakah Harga Panduan Ini?
|
Dengan hanya RM40.00,
anda akan mendapat semua kelebihan yang telah dinyatakan!
Dapatkan Hari Ini Juga.

Beli sekarang walaupun pada jam 3.00 pagi!
[ Pembelian
anda melalui proses yang selamat ]
|
Bertindak sekarang kerana masa anda amat bernilai!
Anda tidak
rugi kerana dengan ebook ini anda dapat menjimatkan masa di
dalam mencari informasi sebegini di Internet atau di kedai-kedai buku.
Saya telah menghabiskan
banyak masa semata-mata untuk menyediakan satu panduan yang
lengkap. Segalanya telah tersedia untuk anda!
Kini, anda tidak perlu lagi...
 |
Anda
tidak perlu menghabiskan banyak masa untuk mencari dan belajar
sendiri. Saya juga seperti anda bermula dengan 'zero', maka saya tahu
apa yang anda sedang lalui. Saya telah banyak menghabiskan masa untuk
menguasai teknik 'blogging' dan juga perkara teknikal sistem Wordpress.
Masa
anda lebih penting daripada wang.
|
|
|
 |
Tidak
perlu melakukan 'trial and error' sehingga tibanya rasa putus-asa.
Saya telah dokumentasikan secara tersusun dan mudah difahami
untuk anda.
Anda
tidak perlu lagi mencari dan mencuba dengan harapan menggunung. Kini ia
telah siap-sedia di dalam satu Ebook yang mudah difahami yang perlu
diikuti langkah demi langkah sahaja.
|
|
|
 |
Tidak
perlu lagi bertanyakan kepada mereka yang endah tak endah menjawab
persoalan anda. Kini anda sudah ada penyelesaiannya dan juga ruang
support yang khas untuk anda.
|
|
|
 |
Tidak
perlu menghabiskan wang anda untuk mengupah dan terus mengupah
orang lain! Upah adalah sekitar RM300, tetapi dengan pelaburan RM50.00
sahaja, anda jimat sekitar RM250! Kini anda sudah dapat
jimatkan wang ringgit anda dengan Ebook ini.
|
|
|
 |
Anda
juga tidak perlu lagi hanya menjadi penonton ke atas kejayaan orang
lain. Anda kini juga sudah mampu untuk membina blog sendiri
dan mula menjana pendapatan di Internet!
|
Usah
bertangguh, dapatkan dengan segera!

Klik di sini Untuk Pembelian Pakej Kit Blogger
|
FAKTA
PENTING:
Penggunaan
blog khususnya di Malaysia masih di tahap awal dan smartusaha.com
merupakan perintis penggunaan blog khususnya dalam bidang perniagaan
dan pemasaran Internet. Namun, hari demi hari, bilangan blog semakin
meningkat dan tahukah anda?
Orang
yang lambat bertindak untuk memiliki blog dot com sendiri kelak
agak sukar untuk menembusi pasaran d Internet kerana di waktu itu
begitu banyak persaingan termasuk kadar pemilikan nama
domain yang amat pantas. Nama domain pilihan anda mungkin
akan diambil orang. Jika anda bermula sekarang, anda akan mendapat
hasilnya sepertimana yang saya rasai sekarang.
Dengan blog sendiri (bukan blog percuma!), anda akan membina
satu tapak yang kukuh dalam perniagaan dan strategi pemasaran anda!
Malah blog juga amat sesuai untuk mereka yang tidak tidak tahu membina
laman web statik kerana amat mudah untuk digunakan..
|
Dapatkan panduan ini dan pasang blog dot
com anda sendiri.
Hadiah Khas Untuk
Pelawat Web Ini
Edisi PERCUMA Panduan
Membina Blog

Yang Ikhlas,

Mursyidi
Mohammad
www.mursyidi.com
PS.
Awas! Anda tidak
akan berjaya memiliki blog yang memuaskan jika tidak mengikut "Pelan
Tindakan" yang disertakan bersama dengan Panduan ini. Pelan
Tindakan ini adalah berdasarkan pengalaman dan kajian penulis.
PPS.
Panduan ini sarat dengan perkara asas
tetapi penting untuk anda kuasai. Tanpa asas yang kukuh, anda akan
kecundang. Dapatkan panduan ini
dengan segera.
Sebarang pertanyaan dan juga pandangan boleh disertakan di bahagian komen di bawah:
|